Ahad, 21 Ogos 2011

BERITA SEMASA

SITIAWAN,30 JULAI-Seramai 111 orang murid Tahun 6 telah menyertai kem motivasi 2011 yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Semua peserta membuat pendaftaran pada pukul 7:30 pagi di dewan.Upacara kem tersebut dimulakan pada 8:00 pagi selepas pengenalan penceramah kem iaitu Dr.Toh.
               Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam 4 sesi seperti berikut :
              1.   Cari Harta Karun ( Unsur Kreatif )
              2.   Cari Harta Karun ( Unsur Maklumat Sekolah )
              3.   Memasak Mengikut Kumpulan
              4.   Kesyukuran
             Semua peserta telah mendapat banyak manfaat dan keseronokan sepanjang aktiviti yang dijalankan.Pihak sekolah juga memberikan cenderamata kepada Dr. Toh sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan beliau.Kem Motivasi 2011 tamat pada pukul 3.30 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan